CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, February 20, 2008

Asal usul kewujudan manusia menurut Islam


Islam merupakan al-Din yang lengkap dan paling sempurna mengatasi agama-agama samawi yang lain, dan ia mendapat pengiktirafan daripada Allah secara langsung dan diturunkan melalui Kitab Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai agama samawi yang terakhir.

Manusia dijadikan oleh Allah swt bermula dari adalah berperingkat-peringkat Pertama:Peringkat Saripati Tanah, Kedua: Peringkat Tanah Melakat, Ketiga: Peringkat Tanah Berbau, Keempat: Peringkat Tanah Keras, dan akhir sekali iaitu peringkat Kelima: Peringkat Peniupan Roh.
Sebagai seorang umat Islam, kita perlu percaya bahawa al-Quran merupakan kita utama yang dirujuk. hal ini dapat dibuktikan dengan ayat Al-Quran dari Surah Al- Baqarah yang bermaksud"Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib....." (Al Baqarah 2 : 2-3)
Ayat tersebut membuktikan bahawa kita perlu yakin serta tidak seharusnya berkecil hati terhadap orang yang menyangkal tentang mengenai asal usul manusia kerana di dalam Al- Quran ada menerangkan tetang segalanya.
Pada peringkat awal sebelum penciptaan manusia, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Balqarah ayat 30 yang bermaksud "sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Merujuk kepada tersebut dapatlah dikatakan bahawa kejadian manusia sebagai khalifah merupakan satu penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaanNya. Selian itu sebagai khalifah manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk mentadbir alam ini. Khalifah bertanggungjawab sebagai "pemakmur"

3 comments:

wan said...

salam..saya tertarik ngan artikel cik..sy juga minat ttg asal usul kewujudan manusia..tp,x sampai tahap wat blog ar..izinkn sy tambah sedikit..nabi adam a.s dijadikan dr 14 jenis tanah..dan tanah2 tersebut ALLAH tugaskan malaikat izrail yg mengumpulnya..tul x?

amranunittrust-syariahcompliant said...

Please continue on the 14 tanah...

William said...

best article!!