CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, February 27, 2008

Warna- warni kehidupan sebagai seorang pelajar



Tahap 1: Sekolah Tadika

Pada hari ini, kita dapat lihat bahawa kebanyakan ibu bapa akan menghantar anak- anak mereka ke sekolah pada usia yang masih kecil. Ada yang seawal usia tiga tahun telah dihantar ke tadika. Di sekolah tadika inilah sesorang itu mula belajar membaca, menulis, mewarna dan sebagainya. Kita sepatutnya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru tadika kita kerana merekalah yang mula memperkenalkan kita dengan dunia membaca, menulis, meneroka alam, serta memberi tunjuk ajar dalam bidang agama. Di tadika bermula seseorang itu menerima pendidikan formal yang awal. Jika dahulu, guru sekolah tadika cenderung mengajar muridnya dengan nyanyian serta permainan namun kini konsep pembelajaran tadika telah diperhalusi. Pihak kerajaan juga telah mengambil langkah dengan mewujudkan Pra- Sekolah untuk kanak- kanak yang berusia 6 tahun. Pra- sekolah ini diwujudkan bagi memperkenalkan kanak- kanak tentang alam persekolahan yang sebenar.



Tahap 2: Sekolah Rendah
Pada tahap sekolah rendah, kita telah memasuki alam persekolahan formal. masa bermula persekolahan adalah dari jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Ramai di antara kita mempunyai pengalaman yang berbeza- beza semasa berada di sekolah rendah. ada yang takut untuk memulakan sesi persekolahan kerana tidak biasa didedahkan dengan suasana persekolahan yang sebenar. Di sekolah rendah juga kita diajar tentang ilmu sains, bahasa, agama, muzik dan sebagainya. kita juga memperolehi ramai rakan di sekolah serta aktif berpesatuan. Ada juga diantara kita yang menunjukkan bakat dalam bidang sukan semasa di sekolah rendah selain bidang akademik.



Tahap 3: Sekolah Menengah

Di sekolah menengah suasananya amat berbeza dengan sekolah rendah. di sini kita bukan lagi menjadi kanak- kanak lagi sebaliknya sudah menjadi lebih dewasa (remaja). Kebanyakan ibu bapa menghadapi masalah yang sukar mendidik anak- anak pada tahap ini kerana mereka sudah pandai untuk memberontak. Di sekolah menengah, bidang akademik kita luas dan agak mencabar berbanding dengan sekolah rendah. ada juga mata pelajaran yang sebelum iini tidak ada diajar di sekolah rendah. Ada yang sekolah di asrama penuh dan ada juga pelajar yang bersekolah di sekolah harian.

puisi kehidupan


Kehidupan
Merupakan satu anugerah yang telah diberikan..
Oleh Maha Pencipta

Kehidupan
Membawa seribu satu pengertian.
membawa manusia ke alam penuh pancoraba
kehidupan
sangat dirindui oleh yang tiada
tidak dipeduli oleh yang ada
menunjukkan bertapa manusia mudah lupa

Wednesday, February 20, 2008

Asal usul kewujudan manusia menurut Islam


Islam merupakan al-Din yang lengkap dan paling sempurna mengatasi agama-agama samawi yang lain, dan ia mendapat pengiktirafan daripada Allah secara langsung dan diturunkan melalui Kitab Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai agama samawi yang terakhir.

Manusia dijadikan oleh Allah swt bermula dari adalah berperingkat-peringkat Pertama:Peringkat Saripati Tanah, Kedua: Peringkat Tanah Melakat, Ketiga: Peringkat Tanah Berbau, Keempat: Peringkat Tanah Keras, dan akhir sekali iaitu peringkat Kelima: Peringkat Peniupan Roh.
Sebagai seorang umat Islam, kita perlu percaya bahawa al-Quran merupakan kita utama yang dirujuk. hal ini dapat dibuktikan dengan ayat Al-Quran dari Surah Al- Baqarah yang bermaksud"Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib....." (Al Baqarah 2 : 2-3)
Ayat tersebut membuktikan bahawa kita perlu yakin serta tidak seharusnya berkecil hati terhadap orang yang menyangkal tentang mengenai asal usul manusia kerana di dalam Al- Quran ada menerangkan tetang segalanya.
Pada peringkat awal sebelum penciptaan manusia, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Balqarah ayat 30 yang bermaksud "sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Merujuk kepada tersebut dapatlah dikatakan bahawa kejadian manusia sebagai khalifah merupakan satu penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaanNya. Selian itu sebagai khalifah manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk mentadbir alam ini. Khalifah bertanggungjawab sebagai "pemakmur"