CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 18, 2008

Ilmu itu pelita hidup


Cuba kita bayangkan apabila waktu malam tidak bertukar siang? Mungkin bagi orang yang cacat seperti orang buta sudah biasa dengan keadaan ini tetapi bagi golongan yang normal , adalah satu yang agak sukar untuk kita meneruskan kehidupan dalam kegelapan yang berterusan. Begitu juga halnya dengan ilmu. Ilmu umpama pelita hidup yang sentiasa menerangi manusia kerana tanpa ilmu gelaplah hidup seseorang itu. Seseorang itu boleh menuntut ilmu di mana sahaja tanpa mengira tempat serta masa. terdapat banyak cabang untuk menuntut ilmu antaranya ilmu agama, ilmu psikologi, ilmu sains, ilmu bahasa dan pelbagai lagi.


Tidak kira usia, pangkat, jantina serta kedudukan yang ada, menuntut ilmu adalah penting untuk diri individu itu sendiri. Ada yang sudah berumur, tetapi masih mahu meneruskan pengajian di peringkat tinggi kerana golongan seperti ini sudah lama menyedari akan kepentingan menuntut ilmu. Ilmu juga boleh diperolehi melalui pengalaman seseorang sama ada pengalaman dalam melalui liku-liku kehidupan ataupun pengalaman bekerja.

Munurut ajaran Islam, menuntut ilmu merupakan satu ibadat dan jika seseorang itu menuntut ilmu yang baik disisi agama, maka Allah swt akan memberikan ganjaran kepada orang tersebut. ilu juga merupakan penggererak utama seseorang untuk meneruskan kehidupan.
Komen: Ilmu amat penting dalam kehidupan seseorang

Wednesday, March 12, 2008

Seloka Kehidupan


Kehidupan adalah satu anugerah..
Patut disyukuri setiap manusia...
Ada yang senang ada yang susah...
Semua bergantung kepada usaha...

Kehidupan memang mengasyikkan...
Kepada orang yang menghargainya...
Tiada kehidupan kali kedua....
Inilah permualaan inilah pengakhiran...

Kehidupan memang penuh pancaroba...
Jika pandai mengatur, hidupnya aman...
Jika tidak, hidupnya berkocakan...

Komunikasi dalam keluarga


Keluarga adalah unit asas organisasi tetapi juga ia adalah unit yang terpenting dalam pembangunan masyarakat. Oleh sebab itu, komunikasi keluarga amat penting bagi mengeratkan perhubungan anggota keluarga disamping memupuk keharmonian hidup. Penekanan isu perbincangan sekeluarga menjurus kepada pembentukan keluarga yang berteraskan isu yang dikongsi bersama. Persefahaman antara satu sama lain adalah penting demi kestabilan keluarga yang sejahtera dan bahagia. Dalam sesebuah kehidupan, keluarga merupakan tunjang utama menuju kebahagiaan

Dalam konteks sebuah keluarga, komunikasi bermaksud perkongsian maklumat, idea dan perasaan antara ahli keluarga. Dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia, komunikasi yang berkesan amat penting dalam menjaga perhubungan antara ahli keluarga. Komunikasi keluarga juga melibatkan segala perilaku lisan (verbal) dan perlakuan bukan lisan (non0 verbal) kepada interpretasi dan internalisasi mereka.

Terdapat beberapa model dan teori yang berkaitan dengan komunikasi keluarga. Model pertama ialah Model Koorietasi Keluarga yang telah diutarakan oleh McLeod dan Chafee (1973). Model ini menggambarkan bagaimana dua individu mengorientasikan sesuatu objek yang diterima bersama. Objek itu boleh merupakan barangan, isu dan idea yang menarik minat bersama.

Perubahan dalam kehidupan


Perubahan merupakan satu perkara yang perlu kita alami setiap hari sama ada secara sedar ataupun tidak. Perubahan akan berlaku pada setiap idividu, masyarakat, organisasi serta negara keseluruhannya. Perubahan merupakan transformasi daripada keadaan yang kita tidak suka kepada keadaan yang kita suka atau sebaliknya. Banyak perubahan yang berlaku kini berjalan dengan pantas terutamnya yang melibatkan teknologi dan komunikasi.

Dalam kehidupan harian kita, memang tidak lari dari perubahan terutanya perubahan dari segi fizikal kita. Dari kecil sehinggalah meningkat remaja dan dewasa, banyak perubahan yang berlaku pada diri kita. Begitu juga halnya dengan cara pemikiran kita, semestinya tidak sama. Jika dahulu, pemikiran kita agak sempit serta tidak spesifik kepada sesuatu perkara, tetapi apabila meingkat dewasa kita semakin berfikiran lebih terbuka. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya perkara seperti ini antaranya ialah tahap pembelajaran kita yang semakin lama semakin meningkat. Selain itu, kita menjadi lebih berdikari serta menempuhi pelbagai pengalaman.

Perubahan dalam kehidupan juga boleh dipengaruhi oleh persekitaran. Sebagai contoh, jika dahulu terlalu sukar untuk seseorang berinteraksi terutamanya di lain- lain kawasan, tetapi pada hari ini, dengan terhasilnya ciptaan teknologi seperti komputer dan telefon bimbit, masalah tersebut tidak lagi membebankan. Seseorang itu berubah juga mungkin disebabkan oleh keinginin individu tersebut untuk kemajuan diri sendiri dari semasa ke semasa. Perubahan adalah satu peralihan daripada sesuatu keadaan kepada seseuatu keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. Sebagai contoh, jika dahulu ramai anak muda duduk di kampung membantu ayah atau ibu mereka berkebun tetapi sekarang, mereka lebih bijak dengan berhijrah ke kawasan bandar untuk mencari pekerjaan serta pendapatan yang lebih baik. Hal ini sekaligus dapat memajukan diri mereka serta dapat membantu ibu bapa yang berada di kampung dari segi kewangan.

Perubahan individu juga berlaku dari segi pembelajaran. Pembelajaran amat penting pada masa kini kenapa sekirannya tiada ilmu penuh di dada, sepanjang perjalanan kehidupan kita akan menjadi gelap. Dalam Islam sendiri ada menyatakan bahawa menuntun ilmu adalah sesuatu yang dituntut.

Kesimpulannya, perubahan merupakan sesuatu yang bersifat positif dan membina. Walau bagaimanapun, untuk melaksanakan dan menterjemahkan perubahan memerlukan kreativiti dan kemampuan yang tinggi. Umumnya, perubahan berlaku pada peringkat permulaan dalam diri setiap individu. Perubahan boleh merubah kehidupan seseorang. Sama ada baik atau sebaliknya bergantung kepada perubahan yang dibawa oleh mereka.

Petua Kecantikan.

Menegangkan kulit muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun hendaklah disagat dan dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian campurkan kedua- duanya dengan sedikit air. Kacau sehingga rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke bahagian muka dan dibiarkan kering. Setelah itu, hendaklah dibasuh. Dengan cara ini ini, kulit muka dapat menjadi tegang serta menampakkan keputihan di muka serta menjadikan kulit muka segar.

Menghilangkan bau badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

Badan ringan dan bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis, dan lada hitam. Jika minum air rebusan ini pagi dan malam badan akan menjadi ringan dan bertenaga.

Melembutkan rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkannya. Masukkan kangkung yang telah dibersihkan ke dalah bekas. Kemudian, masukkan enam sudu air suam dan ramas kangkung tersebut sehingga mengeluarkan lendir. Lendir tersebut disapukan pada seluruh rambut dan dibiarkan seketika. Setelah itu, rambut hendaklah dibilas. Lakukan langkah yang sama selama dua minggu berturut- turut.

Mengekalkan kecantikan
Jika mahukan wajah sentiasa cantik, amalkan surah Yusof setiap malam. Disamping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat mandian ataupun minuman.

Menyegarkan mata
Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata. Pejamkan mata untuk beberapa ketika. Kesegaran mata akan dirasai selepas itu.

Mengurangkan dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minum beberapa minit sebelum tidur.

Mengelakkan perut buncit
Sekiranya makan nasi, jangan disulamidengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik- baiknya setengah jam sehinnga tiga jam kemudiannya.

Melentikkan bulu mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu sehingga bulu mata kelihatan semakin melentik

Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Lama kelamaan kulit akan kelihatan cerah, licin dan harum.

Tips- tips menjaga kesihatan


Seseorang yang mahu menjaga kesihatan diri dikehendaki tidak merokok. Hal ini kerana, merokok adalah salah satu penyebab kematian yang paling boleh dicegah. Sekiranya perokok tersebut adalah golongan wanita, risoko untuk mengalami penyakit jantung dan kanser sangat tinggi.

Mengurangkan kolestrol juga antara faktor risiko utama penyakit jantung dan secara tidak langsung aka meningkatkan risiko stoke. Oleh yang demikian cubalah mengambil makanan yang rendah lemak dan jika hendak menggunakan minyak, perlu guna minyak zaiton.

Diet yang kaya dengan sayuaran dan buah-buahan mempunyai hubungan dengan kolestrol lebih rendah. Beberapa kajian juga menunjukkan hubungan antara memakan jenis sayuran tertantu akan mengurangkan risiko kanser. Daripada membuang masa memikirkan sayuran mana yang perlu dimakan untuk menjauhi penyakit tertentu, usahakanlah memakan pelbagai jenis sayuran terutamnya sayuran berwarna hijau.

Setiap bentuk senaman atau olahraga boleh membantu menjadi lebih sihat, cergas serta hidup menjadi lebih produktif. Satu kajian sejak dahulu memperlihatkan bahawa perubahan sekecil apapun dalam kegiatan harian akan menghasilkan manfaat kesihatan yang abadi.

Tubuh badan memerlukan rehat yang cukup untuk melaksanakan sesuatu tugas. Sekiranya kurang rehat, seseorang akan mengalami letih badan serta tidak berupaya dan adakalanya boleh menyebabkan pengsan. Terdapat pelbagai cara untuk mereharkan badan seperti meditasi, menarik nafas dalam- dalam, membaca buku yang diminati. Kesemua cara ini membolehkan badan berehat.

Perkara yang boleh dilakukan supaya kesihatan terjamin adalah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang- kurangnya sebulan sekali. Hal ini perlu untuk mengenalpasti risiko penyakit yang dihadapi. Pencegahan awal lebih baik daripada mengubati.

Wednesday, March 5, 2008

Renungan Bersama "Mutiara kata"


Mutiara kata ini dipetik oleh tokoh- tokoh ternama duni serta para cendekiawan yang tersohor. Kata- kata mereka menjadi pemangkin semangat kepada orang lain. antara pemimpin yang tersohor ialah Saidina Ali, Hamka san sebagainya.
"Orang yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran,tetapai kebenaran itu akan mentertawakannya juga" (Hamka).
"Wahai saudagar! Ambillah yang benar, nescaya kamu selamat. Janganlah kamu menolak keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak memperolehi keuntungan yang banyak" (Saidina Ali).
"Kalau kita memerintah kekayaan ,kita menjadi kaya dan bebas,kalau kekayaan memerintah,kita jadi miskin" (Edmund Burke).
"Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan" ( Imam Al-Ghazali ).
"Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil" ( Saidina Ali Abi Talib).