CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, February 27, 2008

Warna- warni kehidupan sebagai seorang pelajar



Tahap 1: Sekolah Tadika

Pada hari ini, kita dapat lihat bahawa kebanyakan ibu bapa akan menghantar anak- anak mereka ke sekolah pada usia yang masih kecil. Ada yang seawal usia tiga tahun telah dihantar ke tadika. Di sekolah tadika inilah sesorang itu mula belajar membaca, menulis, mewarna dan sebagainya. Kita sepatutnya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru tadika kita kerana merekalah yang mula memperkenalkan kita dengan dunia membaca, menulis, meneroka alam, serta memberi tunjuk ajar dalam bidang agama. Di tadika bermula seseorang itu menerima pendidikan formal yang awal. Jika dahulu, guru sekolah tadika cenderung mengajar muridnya dengan nyanyian serta permainan namun kini konsep pembelajaran tadika telah diperhalusi. Pihak kerajaan juga telah mengambil langkah dengan mewujudkan Pra- Sekolah untuk kanak- kanak yang berusia 6 tahun. Pra- sekolah ini diwujudkan bagi memperkenalkan kanak- kanak tentang alam persekolahan yang sebenar.



Tahap 2: Sekolah Rendah
Pada tahap sekolah rendah, kita telah memasuki alam persekolahan formal. masa bermula persekolahan adalah dari jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Ramai di antara kita mempunyai pengalaman yang berbeza- beza semasa berada di sekolah rendah. ada yang takut untuk memulakan sesi persekolahan kerana tidak biasa didedahkan dengan suasana persekolahan yang sebenar. Di sekolah rendah juga kita diajar tentang ilmu sains, bahasa, agama, muzik dan sebagainya. kita juga memperolehi ramai rakan di sekolah serta aktif berpesatuan. Ada juga diantara kita yang menunjukkan bakat dalam bidang sukan semasa di sekolah rendah selain bidang akademik.



Tahap 3: Sekolah Menengah

Di sekolah menengah suasananya amat berbeza dengan sekolah rendah. di sini kita bukan lagi menjadi kanak- kanak lagi sebaliknya sudah menjadi lebih dewasa (remaja). Kebanyakan ibu bapa menghadapi masalah yang sukar mendidik anak- anak pada tahap ini kerana mereka sudah pandai untuk memberontak. Di sekolah menengah, bidang akademik kita luas dan agak mencabar berbanding dengan sekolah rendah. ada juga mata pelajaran yang sebelum iini tidak ada diajar di sekolah rendah. Ada yang sekolah di asrama penuh dan ada juga pelajar yang bersekolah di sekolah harian.

0 comments: