CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

Komunikasi dalam keluarga


Keluarga adalah unit asas organisasi tetapi juga ia adalah unit yang terpenting dalam pembangunan masyarakat. Oleh sebab itu, komunikasi keluarga amat penting bagi mengeratkan perhubungan anggota keluarga disamping memupuk keharmonian hidup. Penekanan isu perbincangan sekeluarga menjurus kepada pembentukan keluarga yang berteraskan isu yang dikongsi bersama. Persefahaman antara satu sama lain adalah penting demi kestabilan keluarga yang sejahtera dan bahagia. Dalam sesebuah kehidupan, keluarga merupakan tunjang utama menuju kebahagiaan

Dalam konteks sebuah keluarga, komunikasi bermaksud perkongsian maklumat, idea dan perasaan antara ahli keluarga. Dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia, komunikasi yang berkesan amat penting dalam menjaga perhubungan antara ahli keluarga. Komunikasi keluarga juga melibatkan segala perilaku lisan (verbal) dan perlakuan bukan lisan (non0 verbal) kepada interpretasi dan internalisasi mereka.

Terdapat beberapa model dan teori yang berkaitan dengan komunikasi keluarga. Model pertama ialah Model Koorietasi Keluarga yang telah diutarakan oleh McLeod dan Chafee (1973). Model ini menggambarkan bagaimana dua individu mengorientasikan sesuatu objek yang diterima bersama. Objek itu boleh merupakan barangan, isu dan idea yang menarik minat bersama.

0 comments: