CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

Petua Kecantikan.

Menegangkan kulit muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun hendaklah disagat dan dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian campurkan kedua- duanya dengan sedikit air. Kacau sehingga rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke bahagian muka dan dibiarkan kering. Setelah itu, hendaklah dibasuh. Dengan cara ini ini, kulit muka dapat menjadi tegang serta menampakkan keputihan di muka serta menjadikan kulit muka segar.

Menghilangkan bau badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

Badan ringan dan bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis, dan lada hitam. Jika minum air rebusan ini pagi dan malam badan akan menjadi ringan dan bertenaga.

Melembutkan rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkannya. Masukkan kangkung yang telah dibersihkan ke dalah bekas. Kemudian, masukkan enam sudu air suam dan ramas kangkung tersebut sehingga mengeluarkan lendir. Lendir tersebut disapukan pada seluruh rambut dan dibiarkan seketika. Setelah itu, rambut hendaklah dibilas. Lakukan langkah yang sama selama dua minggu berturut- turut.

Mengekalkan kecantikan
Jika mahukan wajah sentiasa cantik, amalkan surah Yusof setiap malam. Disamping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat mandian ataupun minuman.

Menyegarkan mata
Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata. Pejamkan mata untuk beberapa ketika. Kesegaran mata akan dirasai selepas itu.

Mengurangkan dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minum beberapa minit sebelum tidur.

Mengelakkan perut buncit
Sekiranya makan nasi, jangan disulamidengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik- baiknya setengah jam sehinnga tiga jam kemudiannya.

Melentikkan bulu mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu sehingga bulu mata kelihatan semakin melentik

Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Lama kelamaan kulit akan kelihatan cerah, licin dan harum.

0 comments: